Tuesday, July 28, 2009

PERHIMPUNAN PAGI

Pagi tadi ada Perhimpunan Pagi yang dihost oleh Jabatan Teknologi Maklumat.
Datuk Bandar telah mengumumkan pertukaran Pengarah dan Penolong Pengarah mulai 1/8/2009. Dengan pertukaran ini pegawai-pegawai dapat meluaskan pengalaman dan minda mereka bila ditempatkan di pejabat baru....

Surat pertukaran telahpun aku terima tengah hari semalam. Sedih ada sebab kena tinggalkan rakan2 dan anak2 buah yang telah bersama selama 5 tahun. Tetapi arahan perlu dipatuhi dan di mana-mana kita bekerja pertukaran tetap ada.

Jadikan lah ini sebagai semangat untuk terus memberi sumbangan kepada organisasi kita.