Tuesday, July 28, 2009

PERHIMPUNAN PAGI

Pagi tadi ada Perhimpunan Pagi yang dihost oleh Jabatan Teknologi Maklumat.
Datuk Bandar telah mengumumkan pertukaran Pengarah dan Penolong Pengarah mulai 1/8/2009. Dengan pertukaran ini pegawai-pegawai dapat meluaskan pengalaman dan minda mereka bila ditempatkan di pejabat baru....

Surat pertukaran telahpun aku terima tengah hari semalam. Sedih ada sebab kena tinggalkan rakan2 dan anak2 buah yang telah bersama selama 5 tahun. Tetapi arahan perlu dipatuhi dan di mana-mana kita bekerja pertukaran tetap ada.

Jadikan lah ini sebagai semangat untuk terus memberi sumbangan kepada organisasi kita.

Monday, July 20, 2009

'besan tak jadi' telah kembali ke rahmatullah...

Malam tadi aku dapat berita 'besan tak jadi' yang juga kawan lama sepejabat telah kembali ke rahmatullah... semoga Allah menempatkan rohnya di kalangan orang yang beriman.
Pagi anggaran jam 9.00 pagi aku bersama rakan sepejabat pergi menziarahi jenazah di rumahnya di Kg. Duyong, Melaka.

Dengar khabar ia ada penyakit darah tinggi tetapi takut makan ubat...
Kepada rakan-rakan yang ada penyakit.... jangan takut makan ubat......
Sesungguhnya kita tidak tahu bila maut akan menjemput kita....

Sunday, July 5, 2009

..today!..

pagi2 lg aku sudah kemas rumah..
kemas dapo..
basoh pinggan mangkuk..
buat sarapan..
nasi lemak n smbl ikan bilis!

then, pergi psr..
beli pape yg patot utk
masak tgh hr..
tp, cuace hr nie sejOk!

lazly, tgh hr nie aku
nak masak lauk ketam masak lemak
CILI PADI!